Friday, June 6, 2014

perintah berkurung 1969

masih ku ingat lagi peristiwa 13 may 1969. Masa ni aku dalam tingkatan peralihan atau remove class. Kalau kita dari sekolah melayu atau cina, kena masuk remove class untuk ke sekolah inggeris. Sekarang sekolah inggeris sudah dimansuhkan, semua sekolah menengah kebangsaan.

Hari itu dalam sejarah, aku dah bersiap hendak ke sekolah, aku dan kawan2 sedang menunggu bas di jalan gajah, kami sekolah petang, tunggu bas dalam pukul 12 tengahari, tunggu punya tunggu, bas tak datang pun. Dah hampir lewat. Budak2 dulu memang takut ponteng sekolah, oleh kerana bas tak datang, kami beramai2 berjalan kaki ke sekolah, lebih kurang 3 kilometre.

Jika dari fettespark, kami boleh ke sekolah melalui mt eskine menuju ke kolam air tanjung bunga, terus ke sekolah kami, iaitu sekolah menengah tanjung bunga. Sampai saja di sekolah, cik gu Atan dah menunggu di depan sekolah, tujuannya, menyuruh budak2 balik rumah apabila sampai di sekolah, kerana sekolah diarah ditutup, kerana ada pergaduhan di tanjung, bas tak jalan, semua keadaan menjadi tidak selamat.

Kami pun balik dengan berjalan kaki, memang ramai budak2 tanjung tokong. Kali ni. Kami tidak melalui kolam air, tetapi balik dari tanjung bunga ke tanjung tokong melalui pantai tepi laut. Budak2 mana tahu takut keadaan darurat, seronok lagi ada, berjalan ramai2 sebab tak ada bas langsung.

sejak dari hari itu, sekolah cuti, ada pula perintah berkurung atau curfew. Kedai pun buka hanya sejam atau dua jam. Buka pun dengan pintu kecil, berpusu2 orang ramai berebut2 membeli barang keperluan dapur.


Bila teringat peristiwa ini takut pun ada seronok pun ada, sebab cuti tak payah pi sekolah

No comments:

Post a Comment