Wednesday, October 28, 2009

gambar lama tanjung tokong

ini ialah gambar lama jalan tanjung tokong sebelum jalan baru tepi laut dibina. selekoh itu dekat dengan mesjid karwa.

tanjung tokong bertukar wajah



semasa pi jalan jalan tanjung tokong, kaknab sempat merakam suasana tepi laut tanjung tokong, yang berbeza sekali dengan tahun 1960'n. kalau dulu kawasan tepi laut itu berselut, banyak kerang, kaknab dan abang, ali dan latif, serta penduduk tanjung tokong tidak ketinggalan pakat cari kerang, kalau rajin boleh dapat sampai setengah guni tepung gandum, kadang kadang kaknab bawa jual pula seleonggok 2 kupang, di letak di atas talam dan kaknab junjung, mak kaknab letak kayu untuk membahagikan satu lungguk. tapi kini semua kawasan itu sudah naik rumah, setelah ditambun laut. budak budak sekarang tidak berpeluang merasa kerang yang baru di kutip, kalau masak memang sedap dan manis.

gambar ini kaknab ambil dari tingkat rumah flat di belakang metro, tanjung tokong.

menjelang cuti penggal sekolah.

sekolah kaknab SKTT terletak di tepi laut, dulu cuti penggal setahun sebanyak 3 kali iaitu bulan april penggal pertama, bulan ogos penggal kedua, dan bulan disember penggal ketiga, apabila minggu terakhir tiap tiap penggal guru sekolah akan membawa semua murid murid pergi picnic tepi laut, Tanjung tokong, di mana sekarang ialah Hotel Naza. teringat pula gambar Nasib Labu Labi, dimana cikgu murni membawa anak muridnya tepi laut, apa lagi, itulah saat yang paling seronok sekali, masa itu lah, bawa bekal macam macam termasuklah, air lemenet sebotol 15 sen, hantar semula botol dapat balik 5 sen. dulu dulu mana ada orang tau buat sandwich macam sekarang, yang kami tau roti benggali kapit dengan sekaya, hahahaha, tu pun seronok, berkelah percuma saja, xpayah kenakan bayaran, tapi budak budak sekarang kalau nak cuti pi rombongan merata tempat, Melaka, Kl, Kelantan

cantiknya sekolahku SKTT

hari ni kaknab pi tanjung tokong, di mana kaknab dibesarkan, turun saja dari bas gambar pertama sekali kaknab ambik ialah sekolah kebangsaan tanjung tokong, cantiknya sekolahku, tersergam indah, kalau 40 tahun dulu hanya 2 bangunan rendah di mana satu bangunan, sesi pagi, kelas 4A, 4B, sesi petang, 1A, 1B, satu bilik guru, satu bilik pejabat dan bilik gurubesar, lagi satu bangunan, sesi pagi 5A,5B, 6A,6B, sesi petang, 2A, 2B, 3A, 3B,




tetapi kini SKTT 4 tingkat, dengan warna yang begitu serlah sekali. IM SO PROUD OF YOU SKTT.

Sunday, October 25, 2009

lagu bahasa jiwa bangsa

Gunakanlah bahasa kebangsaan kita
marilah amalkan ramai-ramai
bahasalah menyatukan kita semua
yakinlah bahasa jiwa bangsa.
marilah mari rakyat semua
buktikan taat setia
dengan satu bahasa
maju bangsa dan maju negara
megahkan bahasa kita
bahasa jiwa bangsa

Friday, October 23, 2009

dulu lain sekarang lain

kehidupan dulu dan sekarang

dulu@ sekarang
kena angkat air, rumah xade pipe @ xpayah, pipe dalam rumah, siap dengan heater lagi
kena kukur nyok kalau nak masak @ santan segera dah ada, xpayah perah lagi, nak peket pun ada.
kena giling atau tumbuk cabai @ guna blender je, xsampai 5 minit siap
dulu xyah pakai kipas angin yang heran xpanas pun @ sekarang siap dengan aircon dalam bilik tidur
nak bakar kueh guna api atas bawah kdg2 guna pasir pula@ guna oven sekali bakar berpuluh puluh biskut
orang dulu pi mana naik basikal sebab tu umur 90 sihat lagi@ naik kereta, ada aircon lagi, sebab tu selalu semput
banyak makan makanan semula jadi xade bahan pengawet @ banyak makan makanan segera, ringkas masak pun sekejap, banyak guna bahan pengawet nak bagi tahan lama
orang dulu umur jarang dapat penyakit umur 80-90 sihat lagi @ umur xsampai 45 sakit merata badan, macam macam penyakit penyakit yang datang

Wednesday, October 21, 2009

2 barang cuma 5 duit (5 sen)

Mungkin ramai yang xtahu, zaman 60' an boleh beli 2 barang cuma 5 sen, contoh kalau nak beli cabai kering dengan belacan = 5 sen, begitu juga barang lain, ini bermakna barang itu rege nya 2 1/2 sen saja. Kalau 20 sen boleh beli 8 barang. cukuplah untuk di masak 2-3 kali, murahnya, ekekekeke. sebab duit dulu kecik nilainya, barang pula murah, seingat kaknab gula sekilo 20 sen tepung gandung 15 sen. sebab kaknab yang selalu pi kedai, selalu beli kat kedai Ken Swee, Mopeng, Roti benggali, bermula dengan 10 sen, kalau beli setengah 5 sen, boh sekaya 5 sen jadi 10 sen. Sekarang duit 5 sen 10 sen budak budak pun xkutip kalau jumpa, bagi depa duit ini sudah xbernilai lagi, kalau dulu kaknab jumpa duit 5 sen yang hitam sikit tu tonyoh kat pasir dengan kaki bagi putih sikit, atau rendam dengan air asam atau cuka, seronok, 5 sen boleh beli jagung, kacang, untuk belanja petang, xyah minta dekat mak duit, kalau petang mak bagi 5 sen beli ais kepal dekat Bakar belah 2 kongsi dengan abang kaknab Latif. Bakar pandai buat ais kepal potong 2 pun x pecah.

Saturday, October 17, 2009

jangan ambik moktan (rambutan) bapaku

Ini adalah satu peristiwa semasa kaknab kecik kecik iaitu tahun 1969, kaknab dalam remove class, sekolah sesi petang. oleh kerana pada hari jumaat sekolah petang masuk 2.45 jadi lambat lah sikit pi sekolah. so buat apa, baling rambutan pokok pakdin. pokok rambutan terletak di atas bukit, dekat rumah kaknab. buah rambutan ni pun bukanlah yang sedap sangat rambutan kampung , xlekang langsung, tapi suka juga baling dan kira curi lah tu. kaknab bersama kawan kawan kaknab, idah, lah mak timah, noriah, pawancik dan abang kaknab latif. dah dapat banyak tangkai juga, ambik rambutan tu pi lah bagi dekat saparbi paknamad, kebetulan saparbi, mengandung, mungkin badan dia lemah kut, habis saja dia makan tiba tiba dia menjerit menjerit macam kena rasuk hantu, kecut perut kami sebab takut, pak putih iaitu pak saudara saparbi pi panggil mak mah khalid, mai tengok, mak mah ni memang pandai lah juga, entah apa dia buat, saparbi, sambil jegil kat kami semua, mata dia perhati sorang sorang dekat kami, kebetulan ada kat situ, dalam takut takut pun nak tengok juga apa terjadi seterusnya. tengok apa mak mah cakap

mak mah: hang mai mana, kacau anak cucu kami, pasai apa kacau anak cucu kami
saparbi: depa curi buah motan bapa aku.
mak mah: sapa bapa hang,
saparbi: pak din bapa aku.
mak mah: balik rumah hang, tempat asai hang, jgn kacau anak cucu kami.
saparbi: aku memang nak balik ni, (sambil menjerit adui adui adui, sebab mak mah kepit lada
hitam kat ibu jari nya)

apa yang mak mah baca lepas saparbi jatuh pingsan, mak mah sapu air kat muka dia, baru dia sedar. rupa rupanya belaan pakdin telah masuk ke dalam badan saparbi, apa lagi kami semua kena marah lah. mak mah berleter pok pek pok pek, tengah hari rembang baling rambutan, marah lah hantu dia. kira setia sungguh hantu dia jaga kebun pak din. kami stop sat baling rambutan dalam 2 minggu gitu, pastu buatlah semula, budak budak mana tahu serik. ekekekeke

sampai sekarang kaknab masih ingat peristiwa tu, anak saparbi yang dalam kandungan dia masa tu dah dekat 40 tahun umur dia.

Friday, October 16, 2009

permainan kecik kecik dulu

zaman dah berubah, cara anak2 zaman dulu dengan anak anak zaman cyber bermain amat berbeza sekali, kalau dulu petang petang memang penuh kat laman rumah kat kampung, dengan bermacam permainan, main toi (selatan panggil galah panjang), main rescue rescue, tapi sebab kita kanak2 xtau nak sebut rescue cuma sebut escue. iaitu, kalau kawan kita kena tangkap kita rescue lah. boleh lari dari hujung kampung, dari rumah pak omar tompel, di mana sekarang pangsapuri tanjung tokong buat dewan orang rami, hingga ke rumah pak non. xboleh lari lebih dari situ. berpeluh peluh lari. main goli, main gasing, main wau, main acilut baling tin. yang paling best sekali memang tempat lain x main iaitu main jadi conductor bus. kalau ada bas yang rosak dekat kampung kita, driver dengan conductor akan berehat sementara nak tunggu mekanik datang, so kami ramai2 pakai naik bas tu, kutip tiket tike lama di atas lantai bas, letak atas pembaris ikat dengan getah, buat macam papan tiket. ambil penyepit baju, sebagai alat untuk membuat lubang ke atas tiket, macam conductor buat. selalunya kaknablah jadi conductor, yang geli hati sekali mesti cakap cina pula, dah jadi conductor cakap cina sebab semua conductor cina masa tu. tengok dialog di bawah ni, macam mana kaknab tanya.

" lu ki talok" (awak nak pi mana),kawan kaknab xtau nanti kaknab ajar lah.
dia nanti jawab 'lok po" (tanjung) . kaknab kata " no puat" (20 sen) dia jawab "ai ya ane kui lo" mahal lo) kaknab kata " bo lah, panji" (xdak lah murah saja) haha hahaha, driver dengan conductor xmarah pula tu tengok saja pe el kami, depa pun xtergelak juga. kaknab tanya pula dekat sorang lagi

" ki ta lok" dia nanti jawab " wan tua boi" (bagan jermal), kaknab kata " lai ci puat" (mai sekupang). begitulah seterusnya sampai habis semua dapat tiket dekat 10 orang juga lah. hehehe
kaknab memang tau cakap hokien sikit sikit, jadi kaknab ajarlah kawan2 . begitulah permainan kami, dulu kami xnakal, sampai driver dengan conductor pun xhalau kami, depa biar saja budak budak main atas bas. kalau la ni mampuih lingkup bas dikerjakan budak budak. seronok lah macam nak jadi budak balik hehehehe

Tuesday, October 13, 2009

kenangan raya masa kecik kecik kat tanjung tokong

masa kaknab kecik kecik beraya kat tanjung tokong adalah sesuatu yang sungguh menyeronokkan. tahu kenapa, masa tu lah duit banyak sikit dapat duit raya, walaupun satu rumah bagi sekupang, kumpul2 boleh dapat lebih dari rm5. tu dulu, kalau rm5 kira banyaklah. masa tu lah nak beli ais cream yang paling mahal iaitu 30 sen hihihi. lawak, 30 sen ialah ais cream dalam mangkok, china topui yang jual. tok yah jual laksa memang senyum meleret sebab kami nanti makan laksa bermangkok2 satu hari, beli yang mangkok besar 20 sen, kalau mangkok kecil 10 sen. kayalah duit banyak masa tu, makan banyak mangkok. dah ada duit masa tu lah naik bas pi beraya kat tanjung bunga, batu feringgi, rumah adik beradik kawan. dah pakat naik bas satu hari lah menghilang jenuhlah mak bapa hairan pi mana ni, xbalik2 bukan cakap pun dekat makbapa nak jalan jauh, kalau cakap depa nanti xbagi pi lah. dulu dulu main mercun berdebam debum tapi tangan x cedera pun. tak macam budak budak la ni pandai pula modified. raya kat hospital. dulu kalau beli kat kedai satu papan mercun nanti dapat satu gaharu percuma untuk membakar mercun.
yang lawak sekali kalau diingat ialah rumah mana buat kueh samperit masa tu kira kelaslah, tu kueh yang termoden, sebab kueh bangkit, putu kacang, kueh loyang, bahulu kira kueh lama.
malam tujuh likur, kami semua pakai baju raya tahun sudah, kira baju baru lah. meriahlah sebab pakai baju baru, rumah rumah pun pakat pasang langsir, malam ni lah. kemeriahan beraya macam dulu sudah hilang sekarang, hambar, raya, posa, sama saja. malam raya wajib pakai inai, masing masing inai di tangan, xboleh pakai siang konon nanti ayam tegur xmerah, jadi pakai malam lah lagi pun esok nak raya nanti berserilah. bestnya raya dolu dolu.

Saturday, October 10, 2009

TANJUNG TOKONG PULAU PINANG.

Kaknab di besarkan di Tanjung Tokong, Penang, segala kenangan kenangan manis semasa kecil diTtanjung Tokong xdapat dilupakan hingga sekarang. kalau pi jalan jalan ke Tanjung Tokong kaknab ni macam semut, semut kan jumpa kawan kawan nanti bersalam, begitulah kaknab jumpa siapa pun mesti bertegur sapa, sebab kaknab ni peramah, boleh dikatankan 90% penduduk asal tanjung tokong semua kaknab kenal, sebab kaknab dulu kecik2 jual kueh, jadi, semua lorong kampung kaknab masuk. bahkan kaknab boleh ingat ini rumah siapa, itu rumah siapa, walaupun rumah sudah tiada lagi sebab dah buat apartment, flat dan kondo.


Ini ialah bangunan Kelab SetiaTanjung Tokong, kelab ini ialah tempat orang ramai menonton tv pada tahun 1964... sebelum rumah masing masing membeli tv. anak panah panjang yang dekat tingkap itulah tv diletakkan. tv sebesar 24" untuk ditonton semua penduduk Tanjung Tokong, masa tu hanya sorang dua saja yang ada tv dirumah. kami akan hampar tikar dan duduk di padang hadapan kelab itu. selalunya, hanya gambar melayu saja dibuka untuk tontonan umum, kadang kadang gambar tamil, sivaji, mgr pun di buka juga. kaknab masih ingat lagi, gambar melayu dulu ditayangkan hari rabu pukul 9 malam. 8.30 penuhlah di padang, yang datang awal akan hampar tikar di hadapan, yang lambat akan ke belakang sikit. . masa tu selepas berita melayu, selalu dibacakan oleh Zainal Fitri, pukul 9.00 baru start gambar melayu, Pak Mad Sandun akan buka kerna dia in charge, kalau dia lambat datang ada yang pergi menurutinya di rumah. hahahaha, xsenang duduk Pakmad ni. kadang kadang ada pula van dari JabatanPpenerangan datang menayangkan wayang gambar di padang kelab ini, apabila orang ramai datang untuk menonton wayang jabatan penerangan akan menghebahkan apa apa issue yang penting untuk pengetahuan umum. masa tu lah kaknab pun xketinggalan dengan kawan kawan menjual tebulah, menjual kacang kuda lah. cari duit.
memang seronok, kanak kanak sekarang tidak merasa itu semua.
oh ya, di kelab ini jugalah kaknab belajar menaip masa tu kaknab form 3 tahun 1972. yuran dikenakan cuma rm5 saja. seminggu 3 kali. 1 jam tiap tiap sesi kelas, tapi kaknab dengan kawan kaknab Faridah, sekarang kerja kat jabatan pendaftaran negara, akan belajar sampai 3 -4 jam, sebab ada mesin taip yang kosong, lagipun rumah kami dekat saja dengan kelab.

di Tanjung Tokong rumah pertama yang membeli tv pada tahun 1963, rumah mak Iti, iaitu rumah Tan Sri Elyas Omar, bekas datuk bandar kuala lumpur, masa tu semua budak budak pakat terpa pi rumah dia, sampai pecah pasu bunga mak Iti, kaknab pun xketinggalan abang kaknab bawa pi sama tengok masa tu kaknab kecik lagi darjah 1. balik cerita kat mak kaknab, kami tengok radio ada gambar hahahaha, xtau apa masa tu. geli hati kalau diingatkan.

semua itu tinggal kenangan, tapak rumah pertama yang mak kaknab sewa pun kini dah jadi pangsapuri,rumah sewa yang kedua pula, sebab rumah pertama tuan rumah jual, dah diruntuhkan untuk pembangunan. Wpun kaknab tidak tinggal lagi di tanjong tokong, itulah tempat yang pertama ingin kaknab lawati selalu, berjumpa kawan kawan sepermainan, ada yang dah beranak cucu, ada yang masih belum kahwin walapun sebaya kaknab.

Kini TanjungTokong menjadi issue, penduduk2nya takut akan terjadi macam kg buah pala, mereka mahu Tanjong Tokong dijadikan Kg Warisan kerana Tanjong Tokong merupakan kampong yang tertua di Pulau Pinang.