masih ku ingat lagi sebelum berdirinya komtar, di situlah, panggung wayang, Paramount dan Royal dimana selalu menayangkan gambar hindustan, panggung capitol juga dekat tapak komtar juga, jalan prangin adalah stesen bas biru, Hin Bus Company, atas sedikit dimana prangin mall sekarang adalah stesen bas hijau Lim Seng Seng dan Penang Yellow Bus. Di jalan prangin juga ada gerai gerai makan, kedai menjual cassette dan record player, memang seronok, setelah menonton gambar hindi, keluar saja kedai cassette akan pasang lagu lagu dari filem itu dengan kuatnya, singgah sekejap makan dan minum, pulang lewat, jangan bimbang, mak bapa xmarah sebab kami dulu tidak nakal nakal, mana nak pergi cakap terus terang, walaupun balik last bas pun mak bapa xbimbang langsung, last bas pul 12.30 malam, sebab dulu xdak orang jahat macam sekarang. xperlu bawa wang banyak, tengok wayang tiket paling murah 65 sen saja, iaitu paling hadapan, xkisahlah asal boleh tengok wayang, depan pun depan lah, keluar panggung royal, pukul 6.00 pm masuk pula panggung paramount, 2 panggung tengok baru rm1.30. makan mi sepinggan rm1.00 air sarbat 30 sen, tambang bas 40 sen pergi balik dari tajung ke tanjung tokong, bawa rm4.00 pun dalam poket ada lagi wang. xhabis punya.
kadang kadang jalan kaki pula dari penang road, pi makan kat padang kota, mi ke, laksa ke, dulu dulu xpandai menggatal, berboyfriend macam budak budak sekarang, pergi mana pun dengan kawan kawan perempuan, kalau ada kawan kawan kelas lelaki, kita macam adik beradik memang akrab . ingat lagi tahun 1974 kami pi tengok wayang gambar yaadon ki baarat, lelaki dan perempuan 2 line bangku kami saja, balik makan ramai2 kat kedai makan prangin road, riuh rendah, memang seronok. Semua itu tinggal kenangan, kenangan yang mengusih jiwa xdapat kulupakan.